Selangor negeri tertinggi jumlah pendaftaran caruman SKSSR

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan angka tertinggi jumlah pendaftaran pencarum Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) secara sukarela bagi tahun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO, Kashturi Patto memaklumkan, bagi initiatif kerajaan tempatan pula, Sabah mencatatkan angka tertinggi berjumlah 88,034 bagi pendaftaran SKSSR setakat 15 Dis 2024.

“Sehingga November lalu, PERKESO telah meluluskan sebanyak 2,019 kes tuntutan dengan faedah bernilai RM3.9 juta.

“Ini membuktikan keberkesanan skim ini dalam menjaga kebajikan suri rumah sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan sosial mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas sasaran PERKESO untuk SKSSR bagi tahun 2024.

Dalam pada itu, PERKESO memaklumkan berjaya mencapai sasaran 100 peratus iaitu lebih 500,000 wanita pencarum aktif SKSSR bagi tahun 2024.

“Seramai 512,518 wanita mendaftar sebagai pencarum bagi tempoh Januari hingga 15 Disember 2024, sekali gus berjaya mencapai 100 peratus sasaran PERKESO dan KESUMA iaitu pendaftaran 500,000 suri rumah sebagai pencarum tahun ini.

“Ini merangkumi jumlah keseluruhan RM61.5 juta,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 10 syarikat telah menaja caruman SKSSR berjumlah RM558,360 yang telah memanfaatkan wanita dari golongan B40 melalui Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai di antara PERKESO dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...