2,634 tapak sampah haram berjaya ditutup tahun ini – Aiman Athirah

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,634 tapak sampah haram di tujuh negeri menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) berjaya ditutup pada tahun ini.

Tujuh negeri itu ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Kuala Lumpur dan Putrajaya

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata ia membabitkan anggaran 1,500 tan sisa dibersihkan dengan kos pembersihan dianggarkan bernilai RM412,000.

Beliau berkata, sebanyak 4,134 intipan dilaksanakan penguat kuasa SWCorp, sepanjang tempoh 2024, selain akan terus mempergiat usaha membasmi tapak sampah haram di negeri terbabit.

“Sampah haram merujuk kepada sisa pepejal melebihi dua tan yang dilupuskan di lokasi atau tapak tidak dibenarkan mahupun diwartakan serta boleh dialih menggunakan lori atau jentera.

“SWCorp sudah membuat serbuan dan tangkapan di lokasi ‘hotspot’ sering menjadi tumpuan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa pepejal di lokasi tidak dibenarkan dan tak memiliki lesen di bawah Akta 672,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (BEBAS-Tanjong Karang) mengenai penutupan hotspot sampah haram pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai aktiviti pemantauan, Aiman Athirah berkata, ia dilakukan secara bersepadu menggunakan kamera litar tertutup di hotspot sampah haram, selain penguat kuasa SWCorp turut memantau secara berkala.

“Operasi intipan dan serbuan dilaksanakan di lokasi dikenal pasti. Pihak ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 71 Akta 672, memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000; penjara minimum enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata, pemilik tanah atau premis yang membenarkan longgokan sampah haram perlu mengambil tindakan untuk membersihkan sisa terbabit.

Katanya, mereka juga akan berdepan hukuman penjara dan denda sekiranya gagal mematuhi notis dikeluarkan di mana-mana tempat dikenal pasti menjadi lokasi longgokan sampah haram.

“Secara umumnya, pemilik akan menyatakan mereka tidak mengizinkan (longgokan sampah haram) tetapi mengikut Seksyen 75 Akta 672, mereka perlu mengambil tindakan membersihkannya.

“Seksyen 71(7) Akta 672 juga menyatakan menjadi tanggungjawab pemilik tanah dan premis berkaitan untuk mengelak daripada berlakunya longgokan sampah.

“Seandainya mereka mendapati tempatnya menjadi tempat longgokan pembuangan sampah haram, (pemilik) perlu memaklumkan KPKT dan dalam konteks ini untuk tujuh negeri mengguna pakai Akta 672,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)