Malaysia kekal teguh soal solidariti dan komitmen hak rakyat Palestin

Date:

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka membentuk sebuah negara merdeka serta berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian itu dizahirkan beliau pada majlis makan malam dianjurkan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin, Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, semalam.

“Saya turut mengambil kesempatan untuk terus menzahirkan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin yang selama ini menghadapi pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman.

“Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha mencapai keamanan serta keadilan di bumi Palestin dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam hantaran di media sosial.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version