Terengganu mula dilanda banjir gelombang kedua

Date:

KUALA LUMPUR: Terengganu mula dilanda banjir gelombang kedua susulan amaran hujan lebat berterusan apabila 559 mangsa daripada 184 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman.

Laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan setakat jam 7.30 pagi, 1,131 mangsa banjir daripada 345 keluarga ditempatkan di 28 PPS di enam negeri termasuk Terengganu.

Di Negeri Sembilan, 238 mangsa banjir daripada 65 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Tampin, manakala di Johor pula 166 mangsa daripada 43 keluarga di empat PPS di daerah Segamat dan Tangkak.

Keadaan banjir di Perak pula membabitkan 112 mangsa daripada 36 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di daerah Kinta dan Perak Tengah sementara di Pahang 45 keluarga daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Maran.

Di Melaka, keadaan banjir tidak berubah apabila 45 orang daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Jasin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version