Pembinaan rumah mampu milik harus memenuhi keperluan manusiawi

Date:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat memenuhi keperluan manusiawi bagi memastikan dapat hidup berkeluarga dengan selesa.

Perdana Menteri berkata, walaupun kemajuan pembangunan penting, namun kesenjangan daripada segi keperluan asas tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Apa erti perumahan untuk rakyat, tentunya keselesaan, mutu perumahan tapi juga menjadikan ia sebagai anggota masyarakat yang hidup dengan kemudahan asas.

“Jika orang kaya ada kolam bermutu tinggi, sekurang-kurangnya untuk rakyat ada kolam umum yang boleh dimanfaat.

“Jika orang kaya boleh main golf, sekurang-kurangnya rakyat ada padang permainan untuk anak mereka.

“Jadi, kita berikan ruang sekadar kita mampu dan sedaya upaya supaya mereka rasakan mereka sebahagian daripada masyarakat dan negara mengiktiraf peranan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI di sini, hari ini.

Yang turut hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Anwar turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI, membabitkan pembinaan hampir 38,000 unit kediaman, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion di Pulau Pinang.

Disifatkan sebagai nilai pembangunan terbesar bagi rumah mampu milik dalam sejarah negara, projek usaha sama antara Penang Development Corporation (PDC), PDC Properties (PDCP) dan SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) akan menawarkan harga rumah antara RM225,000 hingga RM420,000 yang mensasarkan golongan B40 dan M40.

Projek yang akan dibina di Batu Kawan dan Seberang Jaya itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan, seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version