Kos keseluruhan pampasan tanah Projek Lebuhraya Pan Borneo berjumlah RM2.53 bilion

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Pengambilan tanah bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di negeri ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.53 bilion.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, jumlah berkenaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1A berjumlah RM1.32 bilion dan Fasa 1B berjumlah RM1.21 bilion.

Katanya, pembayaran pampasan kepada pemilik tanah diselesaikan melalui tatacara yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur termasuk pewartaan, penilaian, pemberian tawaran, penerimaan tawaran daripada pemilik tanah dan seterusnya proses pembayaran. 

Menurutnya, berdasarkan dari pengalaman dalam pelaksanaan pakej-pakej kerja Fasa 1A, apabila Surat Setuju Terima baru-baru ini dikeluarkan kepada pakej kerja Fasa 1B, Kementerian Kerja Raya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan juga Kementerian Kerja Raya Malaysia membentuk satu Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo. 

“Salah satu cabaran besar dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah pengambilan tanah terutamanya tanah di bawah hak milik adat. 

“Tanah yang dimiliki oleh individu atau komuniti berdasarkan hak adat (Native Customary Right-NCR) memerlukan proses yang lebih panjang, kerana ia memerlukan kelulusan daripada pemilik tanah serta persetujuan secara perundangan. 

“Selain itu, kekurangan sumber manusia (tenaga kerja) di pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah dalam sudut membuat penilaian juga menyumbang kepada kelewatan proses penilaian dan pengambilan tanah,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) mengenai anggaran pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat serta masalah pengambilan tanah dalam projek itu pada masa kini.

Shahelmey berkata, bagi status pelaksanaan Pakej 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo, empat pakej kini siap pembinaan manakala, 28 pakej lagi dalam fasa pembinaan.

Katanya, dua pakej kerja dalam peringkat memuktamadkan perolehan dan satu pakej kerja lagi dalam peringkat pengeluaran Surat Setuju Terima.

“Bagi Fasa 1A yang sedang dalam peringkat pembinaan, ia dijangka siap keseluruhannya menjelang Oktober 2026 manakala, Fasa 1B pula dijangka siap keseluruhannya pada September 2028.

“Bagi Fasa 2 yang melibatkan jajaran Tamparuli-Ranau dengan anggaran jarak sekitar 98 kilometer (KM) dan Fasa 3 Jajaran KimanisKeningau-Kalabakan-Tawau dengan jarak sekitar 432KM, ia masih di peringkat perancangan.

“Pelaksanaannya adalah bergantung kepada kelulusan dan keupayaan kewangan kerajaan,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Beberapa kawasan di Sandakan mengalami banjir kilat

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memindahkan empat mangsa yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan kediaman mereka

Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Genjatan senjata di Semenanjung Gaza dijadual bermula Ahad ini – PM Qatar

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) "akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu" dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu