Kerajaan akan beri insentif kepada penternak ayam yang guna sisa sawit – Johari

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk memberikan insentif kepada penternak ayam yang menggunakan makanan ternakan yang dihasilkan daripada sisa sawit sebagai makanan tambahan bagi haiwan ternakan mereka.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada makanan ternakan import.

“Kita mahu menggalakkan (penternak) menggunakan bahan sisa ini sebagai makanan tambahan kepada yang dibeli daripada luar negara seperti jagung dan kacang soya.

“Kita mahu memberi insentif supaya jika dia pakai lima hingga 10 peratus bahan ini, dia akan dapat insentif dari segi pengeluaran ayam ini dan kita mungkin akan nak galakkan.

“Jika ini ada penerimaan meluas dalam negara, maka banyak makanan import dapat dikurangkan kerana menggunakan asas kelapa sawit untuk makanan ayam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai kerjasama kementerian dengan kerajaan Terengganu dalam usaha menghasilkan makanan ternakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan ternakan import.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)