KUSKOP buat kajian penilaian Program Protege untuk diteruskan dalam RMK-13

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melakukan kajian penilaian terhadap pelaksanaan Program Protege yang dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kajian penilaian itu penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK-13.

“Sesi libat urus perancangan RMK-13 sedang berlangsung dan saya perlu mempertahankan inisiatif baik yang dilaksanakan oleh kementerian supaya dapat diteruskan dalam RMK-13.

“Program Protege adalah platform kepada mahasiswa dan graduan untuk meneroka peluang pekerjaan dengan penglibatan syarikat-syarikat yang ingin mengambil mahasiswa sebagai pelatih dan seterusnya bekerja dengan syarikat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival PROTÉGÉ KUSKOP Zon Borneo (Sabah), di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.

Ewon berharap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KUSKOP selama ini dapat membantu merealisasikan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan yang unggul di mata dunia.

“Saya ingin menyeru kepada para peserta supaya menjadikan Protege ini sebagai rujukan dalam mencari kerjaya dan keusahawanan,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap Ewon berkata, Protege menyediakan platform graduan untuk menimba pengalaman menjalani latihan dalam pekerjaan di syarikat swasta di bawah Program Penempatan Latihan Kerjaya Graduan bersama Industri atau program PROTÉGÉ Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW). 

“Berdasarkan rekod, seramai 31,484 graduan mendapat manfaat daripada program PROTÉGÉ-RTW dari tahun 2021 sehingga September 2024. 

“Sehingga kini seramai 2,324 peserta melibatkan 149 syarikat dari Sabah telah menyertai program PROTÉGÉ-RTW,” katanya.

Beliau turut berkongsi kisah kejayaan peserta-peserta yang pernah menyertai Program Usahawan Perantis (SPACE) PROTÉGÉ.

“Antaranya, Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohd iaitu pemilik Seeni Food & Beverages Sdn. Bhd. yang telah mengolah resipi mi sotong dengan menggunakan teknologi retort. Kini beliau mampu meraih pendapatan enam angka hasil jualan mi sotong segera dan berjaya menjana jualan sebanyak RM100 ribu dalam tempoh setahun.

“Beliau menyertai program SPACE pada 2022 dan menerima geran sebanyak RM10 ribu daripada PROTÉGÉ KUSKOP bagi mengembangkan perniagaan,” katanya.

Selain itu katanya, seorang lagi peserta dari Sabah yang pernah menyertai Program Program Latihan Intensif Dalam Talian bagi Usahawan Generasi Baharu (N-GENE) PROTÉGÉ iaitu Amieza Nur Zarina Sabadin kini berjaya dalam perniagaan AJE Photocopy Centre. 

“Beliau menerima geran sebanyak RM4,000 dan menggunakannya untuk membeli mesin pencetak dan pemotong sticker. Kini beliau berjaya menggajikan tiga pekerja berbanding hanya seorang pekerja sebelum ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...