Pihak UMS beri bantuan kepada pelajar tidak berkemampuan dari Paitan

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil langkah segera membantu seorang pelajar dari Paitan yang dilaporkan menghadapi kesukaran membayar yuran pendaftaran bagi mengikuti pengajian di universiti itu.

Pelajar terbabit, Crisnanalina Jumis, 20, dilaporkan berdepan kekangan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM3,000 selain keperluan lain disebabkan ketidakmampuan keluarga.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, beliau sudah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS untuk menghubungi pelajar terbabit.

“UMS amat prihatin terhadap isu kesukaran dari segi kewangan yang dialami oleh Crisnanalina, justeru kita akan pastikan beliau akan menerima bantuan secukupnya apabila mendaftar ke universiti ini nanti.

“Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar juga akan memastikan bantuan terhadap keperluan beliau apabila berada di kampus, selain membantu pelajar berkenaan membuat permohonan bantuan kewangan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bercakap lanjut, Kasim berkata Crisnanalina mahupun mana-mana pelajar baharu UMS tidak perlu khuatir mengenai pembayaran yuran pendaftaran universiti.

Katanya, pihak universiti melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penangguhan yuran pendaftaran universiti bagi memastikan pelajar dapat menyelesaikan urusan pendaftaran tanpa perlu bimbang mengenai masalah kewangan.

“Selain itu, pihak universiti juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang boleh dimohon oleh pelajar khususnya yang kurang berkemampuan seperti bantuan kewangan MyCare, bakul makanan dan sumbangan zakat.

“Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar juga bersedia membantu pelajar untuk membuat permohonan bantuan kewangan pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), serta permohonan biasiswa seperti Biasiswa Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah, Biasiswa MARA dan sebagainya,” katanya.

Kasim berkata inisiatif yang dilaksanakan itu adalah usaha UMS dalam mengutamakan kebajikan pelajar agar dapat melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan bantuan kebajikan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320 060 atau emel bkkp@ums.edu.my.

Berdasarkan laporan media, Crisnanalina dikatakan sudah cuba untuk memohon bantuan yang disediakan kerajaan negeri, namun talian internet yang kurang baik menjejaskan usahanya.

Beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di UMS dan perlu membayar yuran pendaftaran selewat-lewatnya pada tarikh akhir 14 Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...