Potret rasmi Agong dan Raja Permaisuri akan mula diedarkan – Fahmi

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Jabatan Penerangan (JaPen) akan menerima potret rasmi itu, manakala  kementerian-kementerian dan jabatan lain boleh mendapatkannya di Kementerian Komunikasi, esok.

“Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan potret rasmi secara percuma, boleh berhubung dengan Jabatan Penerangan Negeri dan Pegawai Penerangan Daerah masing-masing,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, membangkitkan pertemuan beliau dengan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye, semalam.

“Perdana Menteri menegaskan agar kempen kesedaran perlu dilipatgandakan dan diperluas serta meminta ibu bapa yang mempunyai anak berumur 16 tahun ke atas, agar sentiasa mengawasi mereka ketika menunggang dan membonceng motosikal,” katanya.

Fahmi berkata kebimbangan ini berikutan laporan jumlah kemalangan jalan raya pada tahun lepas yang  mencecah 600,000 kes, dengan kebanyakan yang maut melibatkan penunggang motosikal berumur antara 18 hingga 35 tahun.

Semalam, Anwar dilaporkan menerima kunjungan hormat aktivis sosial berpengaruh itu bagi membincangkan mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja. Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan penunggang motosikal yang berkaitan dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta isu penyelenggaraan jalan raya,

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)