Semua projek premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya Oktober tahun ini

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Sebanyak 36 projek bina baharu dan naik taraf premis Tamu Desa di seluruh Sabah sedang dalam proses pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pelaksanaan fasa pertama projek berkenaan melibatkan 16 pejabat daerah dan majlis perbandaran di Sabah.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Sabah pada hari ini melibatkan kesemua pejabat daerah dan majlis perbandaran yang terlibat. Saya telah diberi taklimat mengenai prestasi pelaksanaan di setiap daerah.

“Di beberapa daerah, ada yang telah mencapai prestasi pelaksanaan sehingga 60 peratus daripada jadual sasaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran yang terlibat dan seterusnya memantau pelaksanaan supaya dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Ewon menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Sabah itu di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di sini, hari ini.

Ewon turut menyatakan hasrat agar lebih banyak premis Tamu Desa dapat dibina atau dinaik taraf dalam fasa yang seterusnya dan beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk tujuan itu.

“Saya telah meminta pejabat-pejabat daerah dan majlis-majlis perbandaran untuk mengemukakan senarai keperluan sebenar mengikut keutamaan bagi pembinaan atau naik taraf premis tamu-tamu komuniti dan tamu-tamu desa. Ini akan memandu saya dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk merancang butiran belanjawan kementerian.

“Saya akan memasukkan keperluan ini sebagai ‘wishlist’ Belanjawan 2025 KUSKOP semasa pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan niat agar setiap tahun kita mendapat peruntukan di bawah inisiatif Belanjawan bagi membantu komuniti tamu, penjaja dan peniaga kecil di luar kawasan perkadaran mendapatkan kemudahan premis yang lebih baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan