Malaysia hantar delegasi diketuai Shamsul Anuar hadiri pengebumian Ismail Haniyeh

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh pada Rabu.

Beliau akan diiringi Senator Datuk Seri Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

“Pada 2 Ogos, Shamsul Anuar dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Tambahnya, Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga bekas Perdana Menteri Palestin yang terkorban dalam serangan di Tehran, Iran itu, kepimpinan dan rakyat Palestin.

“Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Allahyarham Ismail.

“Beliau telah memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” kata Wisma Putra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...