KPKM akan bantu tingkatkan ternakan kerbau dan pengeluaran tenusu di Lawas

Date:

Share post:

KUCHING: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan lawatan ke ladang ternakan kerbau di Meragang, Lawas, di bahagian utara Sarawak sempena Jelajah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada 8 hingga 11 Ogos ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian mahu melihat potensi ternakan kerbau di kawasan itu serta bagaimana untuk membantu dalam meningkatkan penternakan kerbau dan pengeluaran tenusunya.

“Melalui kerjasama dengan pihak universiti, kami (kementerian) akan melihat dari segi sokongan yang lain supaya ternakan kerbau di Meragang dapat diperbesarkan lagi.

“Selepas lawatan di kawasan Lawas, kita akan beralih ke Miri untuk perasmian Karnival Mini MAHA di samping mempromosikan MAHA 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Mohamad berkata MAHA 2024 dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 11 hingga 22 depan dan majlis perasmiannya akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abang Johari.

“Semasa kunjungan hormat tadi, Premier secara peribadi telah bersetuju untuk menghadiri MAHA 2024 yang akan dianjurkan secara besar-besaran itu,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata MAHA 2024 menyasarkan sebanyak 150 penyertaan syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...