Kerajaan tambah baik pelabuhan, jadikan Malaysia pangkalan kapal persiaran

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di pelabuhan sedia ada giat dijalankan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai ‘homeport’ atau pangkalan kapal persiaran.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk penambahan kapasiti di Port Klang Cruise Terminal agar dapat menampung lebih banyak kapal persiaran dan mengindahkan kawasan sekeliling di Swettenham Pier Cruise Terminal Pulau Pinang.

Loke berkata pelabuhan sedia seperti di Langkawi, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching meskipun belum mempunyai infrastruktur kapal persiaran, mampu menampung kapal persiaran sekiranya penambahbaikan dilakukan.

“Sektor kapal persiaran Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh selepas COVID-19. Malaysia menerima 1,055 kapal persiaran pada 2023 yang membawa 1.5 juta pelancong. Ini menandakan peningkatan 85 peratus dalam ketibaan kapal persiaran berbanding 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pelayaran Persiaran Malaysia (MCC), di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Loke berkata usaha menarik lebih banyak kapal persiaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan memberikan limpahan ekonomi memandangkan lebih ramai pengembara akan melalui lapangan terbang, menginap dan berbelanja di sini.

Justeru, beliau menyeru kerajaan negeri yang berpotensi menerima kapal persiaran agar mempromosikan kawasan masing-masing.

Loke berkata untuk mempercepatkan pertumbuhan industri kapal persiaran di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata antara lain, peranan jawatankuasa itu adalah memacu dan memudah cara pergerakan penumpang dan singgahan kapal persiaran agar lebih cepat dan efektif. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami