Kerajaan pertahan setiap inci kedaulatan negara, tiada tolak ansur sebarang tuntutan

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.

“Tuntutan Filipina terhadap Sabah.. kerajaan Malaysia buat kenyataan tegas, tidak akan bertolak ansur satu inci tanah rakyat kita, tidak mungkin kita terlibat dalam apa-apa perundingan yang melibatkan hak dan kedaulatan negara,” katanya.

Anwar berkata walaupun ada tuntutan Filipina terhadap Sabah, namun hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara itu amat baik, termasuk hubungan peribadi beliau dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr yang berada di tahap yang sangat rapat dan akrab.

“Oleh itu jalur ini harus dimanfaatkan untuk menjaga keselamatan. Pasukan kita harus mengerti sejarah telah membuktikan bahawa serangan seperti yang berlaku di Sabah beberapa tahun lepas berlaku dalam keadaan tidak diduga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini tular satu video di media sosial yang mengandungi kandungan tidak berasas, mengelirukan serta mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, dan semalam Kementerian Luar dalam kenyataan menegaskan pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.

Menurut kenyataan itu Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...