Kementerian akan pastikan internet, media sosial selamat untuk semua – Fahmi

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan kebimbangan mengenai isu jenayah dalam talian yang semakin berleluasa mutakhir ini.

Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam maya termasuk media sosial.

“Pagi ini saya mendengar taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Lim Joo Soon.

“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan Internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya dalam satu muat naik di media sosial, pada Selasa.

Ahad lalu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, antara lain berkait isu buli siber yang berlaku di negara ini.

Ini kerana, beliau berpandangan platform terbabit tidak begitu serius dalam usaha menyelesaikan masalah sedang dihadapi rakyat Malaysia berkait media sosial.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya, termasuk kes membabitkan buli siber.

Gobind dipetik berkata, ia bagi memastikan tiada penyalahgunaan berlaku dan sekiranya ada, tindakan segera boleh diambil untuk menghalang keadaan sedemikian daripada berterusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...