PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkembangan semasa, di sini, pada Selasa.
Mesyuarat itu diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Perdana Menteri untuk merasmikan pembukaan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September ini.