Berbeza pendapat perkara biasa – Adam Adli

Date:

Share post:

KUANTAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan dakwaan wujudnya masalah dalaman antara sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan pemuda UMNO.

Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.

“Tidak ada masalah… itu perkara biasa,” katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan AMK dan Pemuda UMNO berbalas kenyataan selepas Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap pada 6 Julai lalu.

Menyentuh mengenai Kembara JOM, Adam Adli berkata kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan adalah antara isu yang banyak dibangkitkan oleh golongan belia sepanjang program itu berlangsung di sembilan negeri termasuk Pahang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata segala pandangan serta maklum balas golongan belia sepanjang program tersebut akan diambil serius oleh pihak kementerian dan dikumpulkan untuk digunakan dalam merangka polisi pada masa hadapan.

“Di pihak kementerian, platform Kembara JOM ini adalah antara jalan untuk kita mengumpul input secara langsung… kita kumpul pandangan secara dialog dan kita juga ambil survei menerusi QR untuk dijadikan rumusan terutama belanjawan akan datang,” katanya.

Adam Adli berkata program itu adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi membolehkan pemegang taruh memberikan maklum balas serta pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.

Beliau berkata maklum balas dan pandangan yang diterima itu akan diguna untuk memuktamad pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu kepada pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan