RM360,000 sumbangan dari TPNS buat sekolah terjejas banjir – Mohd Arifin

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Seperti hasrat Ketua Menteri Sabah, kerajaan negeri hari ini menerusi Tabung Pendidikan Tinggi Negeri Sabah (TPNS) menghulurkan sumbangan RM360,000 kepada 17 buah sekolah yang terjejas banjir.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sumbangan itu bertujuan menyantuni 16 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang dilanda bencana banjir masing-masing dengan jumlah RM20,000 dan RM40,000. 

“Hari ini, para pengetua dan guru besar dari 17 buah sekolah menerima sumbangan TPNS termasuk bencana banjir yang terkini seperti di Penampang, Tuaran dan Sepanggar. 

“Saya juga sempat melawat beberapa buah sekolah antaranya, di Sekolah Menengah Saint Michael Penampang, SK Kibabaig saya semalam saya melawat ke SK Rampayan. 

“Saya dapati memang kita lihat perlu dibantu jadi, ini sedikit sumbangan dari TPNS seperti mana yang diminta oleh Ketua Menteri Sabah untuk menyantuni mereka,” katanya.

Beliau yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah menjelaskan sumbangan terbabit adalah daripada TPNS yang kini berjumlah RM57 juta. 

“Untuk makluman TPNS sekarang ada RM57 juta, saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang yang terdiri daripada GLC baru-baru ini diterima dan disaksikan oleh Ketua Menteri dan kita mendapat RM7.7 juta dan inilah kita manfaatkan.

“Setakat ini, kita sudah gunakan kira-kira RM5 juta untuk dimanfaatkan lebih kurang 5,000 penerima daripada tabung ini,” kata beliau dalam Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah-sekolah Terjejas Banjir oleh TPNS.

Pada majlis itu, Arifin bersama-sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar menyampaikan sumbangan kepada  SK Kelatuan, Papar; SK Sinoko, SK Pekan Membakut dan SK St. Patrick di Membakut; SJK (C) Sin Boon Sindumin, Sipitang; SK Rampayan Menggatal dan SK Darau di Kota Kinabalu; SK Kauluan, SJK (C) Chung Hwa Tenghilan, SK Bawang dan SK Laputong di Tuaran; SK Sugud, SK St. Theresa Inobong, SK Kibabaig, Penampang, SK St. Joseph, SJK (C) Yue Min dan SM St Michael di Penampang.

Melalui Whatsapp Group Media Angkatan Pertahanan Awam, cuaca hujan berterusan sejak 30 Jun lalu, dilaporkan menyebabkan beberapa daerah dilanda banjir dan empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli sebelum ditutup pada 3 Julai kira-kira jam 5.30 petang.

Dalam perkembangan lain, Arifin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS turut memaklumkan tabung berkenaan akan meluluskan permohonan bantuan cermin mata bagi pelajar-pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 

“Kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan dari segi kadarnya dan sebagainya pada tahun ini kita akan buat secara berperingkat-peringkat sebelum anak-anak yang memohon itu memasuki peperiksaan. 

“Lebih kurang 5,000 anak-anak SPM dan STPM yang memerlukan cermin mata dan kita juga akan berhubung dengan GLC yang lain seperti Petronas untuk meminta bantuan ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini

Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

"Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),"

Maybank jamin sistem dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya

terdapat dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap. "kami mengambil serius atas kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data kami dilindungi setiap masa,"

Kementerian akan pastikan internet, media sosial selamat untuk semua – Fahmi

aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam maya termasuk media sosial