Penduduk Tamparuli terkesan akibat banjir terburuk yang pernah melanda

Date:

Share post:

TAMPARULI: Penduduk empat kampung di daerah ini menyifatkan banjir yang melanda enam hari lalu lebih buruk berbanding sebelum ini sehingga menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri dan harta benda.

Tambulaong menjadi kampung paling teruk terjejas berbanding Kampung Nohirat, Kauluan dan Dangsangai apabila banyak rumah penduduk musnah, harta benda rosak, kenderaan ditenggelami air dan banjir lumpur.

Difahamkan, banjir secara mengejut berpunca hujan lebat lebih empat jam itu turut menyebabkan penduduk terperangkap dalam rumah kerana tidak menjangka bencana berkenaan.

Penduduk Kauluan, Irwan Azman, 45, berkata ketika kejadian, dia gagal pulang ke rumah apabila jalan masuk dinaiki air hampir satu meter, menyebabkannya panik memikirkan nasib isteri, dua anak dan ibu mentua.

“Paras air meningkat cepat, dalam keadaan panik, saya cuba hubungi Bulan Sabit Merah Malaysia Tuaran untuk dapatkan bantuan menyelamat keluarga yang terperangkap di rumah. Syukur bomba tiba tidak lama kemudian dan berjaya menyelamatkan keluarga saya,” katanya.

Mengakui mengalami kerugian besar apabila banyak harta benda rosak, termasuk kenderaan yang ditenggaeami air, Irwan tetap bersyukur kerana keluarganya terselamat dalam kejadian banjir terburuk pernah mereka alami di kampung itu.

“Banjir pada 2020 tidak seburuk kejadian enam hari lalu. Penduduk tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan diri dan harta benda,” katanya.

Penduduk Tambulaong, Janecarr Yado, 40-an, juga bersyukur keluarganya selamat walaupun rumah mereka hampir musnah dilanda banjir, tanah runtuh dan dihempap pokok tumbang.

“Alhamdullilah syukur, kami sekeluarga sempat keluar dari rumah sebelum tanah runtuh yang menyebabkan kami gagal menyelamatkan harta benda. Kami terima ketentuan-Nya dengan hati terbuka, walaupun sedih,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung sama, Eddy David, 40-an, mohon sumbangan orang ramai untuk membantu meringankan kesulitan dihadapi penduduk selepas dilanda musibah itu.

Katanya, masyarakat di kampung berkenaan menggunakan air graviti, namun banjir menyebabkan mereka terputus bekalan dan memerlukan sumbangan air bersih untuk menampung keperluan harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Dewan Rakyat akan bincangkan tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025

memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan

Kerajaan akan memperluas TVET pastikan tenaga kerja mampu kendali teknologi canggih

Inilah cara Malaysia akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja mahir

Sasaran bina 500,000 unit Rumah Mampu Milik mencapai 89 peratus – KPKT

baki 56,741 unit RMM dijangka diselesaikan menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) ini

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Labuan

cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan