Semua lapangan terbang kekal milik kerajaan Malaysia – Amir Hamzah

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Semua lapangan terbang di negara ini kekal milik kerajaan, manakala Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berperanan sebagai operator kemudahan berkenaan, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II berkata, kerajaan juga akan terus memegang saham khas dalam MAHB dan berdasarkan hak itu kerajaan yang mempunyai kuasa melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB yang kedua-duanya warga tempatan.

Beliau ketika sesi penerangan di Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini, turut menyangkal dakwaan pihak asing akan mencampuri urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara.

“Aspek keselamatan tetap menjadi tanggungjawab agensi kerajaan, termasuk kawalan keluar-masuk warga asing ke negara ini.

“Selari hasrat perjanjian konsortium ini, pengurusan MAHB tidak sama sekali akan diserahkan kepada rakan kongsi konsortium asing. Justeru, tiada asas untuk mendakwa warga asing akan ambil alih pengurusan MAHB,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...