Sektor pelancongan perlukan anjakan strategi – PM Anwar

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sehubungan itu, kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.

Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini dengan tumpuan dan perbincangan secara mendalam, berhubung sektor pelancongan serta pengangkutan awam.

“Turut disentuh, aspek peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada, termasuk dengan menambah baik kualiti kemudahan perhubungan ke stesen-stesen pengangkutan rel bandar.

“Saya percaya, penambahbaikan ekosistem pengangkutan awam negara perlu diselarikan antara lain dengan pemahaman yang diikuti dengan langkah-langkah pembetulan ke atas kekurangan semasa,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...