Pusat dialisis bakal wujud di Masjid KLIA

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat dialisis bakal diwujudkan di Masjid Sultan Abdul Samad dekat Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) atau dikenali Masjid KLIA, bagi kemudahan komuniti sekitar.

Inisiatif berkenaan hasil usahasama antara Malaysia Airports dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MyAirportCARES.

Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang), Mohd Arif Jaafar, berkata idea bagi pembinaan pusat dialisis ini dicetuskan oleh Jawatankuasa Zakat Malaysia Airports yang bertanggungjawab mentadbir peruntukan wakalah agihan zakat syarikat.

Sebagai salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, pihaknya sentiasa cakna dengan keperluan komuniti setempat selain sentiasa berusaha memastikan inisiatif CSR dapat memberi impak signifikan kepada masyarakat setempat.

“Kami difahamkan Selangor mempunyai jumlah pesakit dialisis tertinggi iaitu seramai lebih 1,000 orang.

“Dengan kewujudan pusat dialisis di Masjid KLIA sedikit sebanyak akan dapat membantu memenuhi keperluan pesakit terutamanya, kerana hanya caj rawatan minimum yang akan dikenakan kelak di pusat ini,” katanya.

Kerjasama dimeterai dalam Majlis Menandatangani Dokuman Usaha Sama (MoC) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Masjid KLIA, Jumaat lalu.

Majlis menandatangani dokumen usahasama itu disempurnakan oleh Mohd Arif, Pengurusan Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Mohamed Rastam Shahrom serta Pengerusi YIDE, Tan Sri Mazlan Mansor.

Peranan Malaysia Airports dalam usahasama ini adalah menyediakan infrastruktur dan sokongan kewangan, manakala YIDE sebagai rakan kolaboratif utama akan menguruskan operasi pusat dialisis yang akan dibina.

Sebanyak RM50,000 disumbangkan oleh Malaysia Airports kepada YIDE sebagai dana permulaan bagi pembinaan pusat dialisis berkenaan.

Baki dana pula akan diperoleh daripada wakalah agihan zakat perniagaan dan tabung infaq yang ditempat di Masjid KLIA bermula Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan