Rayuan subsidi diesel pengusaha bas sekolah akan dipertimbangkan – PM Anwar

Date:

Share post:

BAGAN SERAI: Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memastikan semua golongan sasar yang layak akan menerima bantuan itu.

“Kalau dia perlu dan memang untuk bas sekolah, kita bagi. Ya, boleh. Ada masa untuk merayu dan (kita akan) berikan tetapi kalau sengaja diambil peluang, kalau syarikat-syarikat besar, syarikat pelancongan yang untung besar, tak munasabah dapat subsidi.

“Subsidi ini (diberikan) kepada orang susah,” katanya ketika berucap merasmikan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sekali lagi memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah yang menerima subsidi tetapi menaikkan harga tambang bahawa lesen mereka akan ditarik.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum kebimbangan rakyat mengenai kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel.

“Ada yang tanya, harga barang naikkah? Saya kata kita pantau.

“Ada orang anak naik bas sekolah, dia kata nak naik ke harga? Saya kata kita pantau, kita mahu semua yang layak dapat subsidi ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...