Arab Saudi jemput 1000 lagi warga Palestin tunaikan ibadah haji

Date:

Share post:

MAKKAH – Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menganjurkan inisiatif itu di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah di bawah tajuk, “Hosting Initiative for Pilgrims from the Families of Martyrs and the Wounded from the Gaza Strip”.

Menterinya, Abdullatif Abdulaziz Al Al-Sheikh, yang menyelia program itu menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.

Beliau memuji Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi atas tindakan mulia itu yang mencerminkan keprihatinan dan penjagaan berterusan baginda terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi Kerajaan terhadap perjuangan Palestin di semua peringkat.

“Isyarat kemanusiaan ini bukanlah perkara asing bagi Kerajaan, yang telah berdiri bersama rakyat Palestin sejak zaman pengasas Raja Abdulaziz hingga ke era Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sekarang,” katanya.

Sementara itu, Raja Salman pada Mei turut mengundang 1,000 warga Palestin menunaikan haji pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijemput kepada 2,000 jemaah. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...