Undang-undang tangani masalah pembuangan dan pencemaran plastik akan diperkenalkan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan pengenalan undang-undang khusus untuk menangani masalah pembuangan dan pencemaran plastik yang menjadi isu utama di Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan kementerian itu sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.

“Sebahagian besarnya bergantung kepada kerajaan tempatan. Ada beberapa bandar seperti Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor bergerak pantas, yang lain tidak,” jelasnya.

“Kita memerlukan pendekatan nasional untuk menangani pencemaran plastik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 2024 di sebuah hotel di sini hari ini.

Nik Nazmi menjawab kepada kajian baru-baru ini yang mendapati Malaysia menduduki tempat teratas dalam kalangan 109 negara dalam penggunaan mikroplastik dan merupakan antara sepuluh teratas paling banyak menyedut zarah mikroplastik.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science and Technology dan dipetik oleh The Straits Times mendapati bahawa setiap penduduk Malaysia mengambil secara purata 502.3 miligram (mg) mikroplastik setiap hari dengan lebih 50 peratus daripada pengambilan ini datang daripada memakan ikan.

Nik Nazmi berkata kementerian itu sedang berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk menjalankan kajian sewajarnya mengenai dasar plastik negara.

Beliau juga menekankan tentang keperluan untuk rangka kerja undang-undang yang teguh untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai secara berperingkat, meningkatkan kadar kitar semula dan memerangi pencemaran plastik dengan berkesan.

“Perbincangan sudah pun berjalan.

“Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar kementerian, bertemu dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan perunding untuk belajar daripada negara lain dalam menentukan jalan terbaik ke hadapan,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...