Inisiatif dan program daripada MAFFI utamakan golongan miskin tegar

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Sabah perlu mengutamakan golongan miskin tegar dalam inisiatif membabitkan pertanian, perikanan dan industri makanan bagi membantu golongan ini keluar daripada kemiskinan tegar.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) mengutamakan golongan itu dalam program dan pelan tindakannya sebagai sebahagian inisiatif membasmi golongan miskin tegar di Sabah.

“Data eKasih setakat 18 Mei tahun ini menunjukkan ketua isi rumah miskin tegar Sabah menurun kepada 8,699. Saya harap lebih banyak inisiatif di bawah MAFFI akan melibatkan mereka. Kami mahu memastikan mereka dapat keluar daripada kemiskinan yang teruk,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke MAFFI di Wisma Pertanian di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan taklimat daripada empat jabatan serta empat agensi di bawah MAFFI, pelan telah dirancang untuk memacu industri pertanian, perikanan dan makanan Sabah.

“Apa yang penting, Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) yang diluluskan baru-baru ini mesti dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) Sabah,” katanya.

Hajiji mahu syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki tanah tidak digunakan agar dimajukan sebagai kawasan pertanian, khususnya padi seperti diamanahkan oleh Kabinet negeri dan MAFFI boleh memberikan bantuan dalam menyediakan sumber diperlukan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata dengan penubuhan LPBS matlamat ditetapkan untuk meningkatkan SSL Sabah kepada 65 peratus pada 2030 dan 100 peratus pada 2035.

Dr Jeffrey berkata tumpuan LPBS adalah untuk meningkatkan hasil padi daripada purata 2.9 tan metrik kepada tujuh tan metrik sehektar menjelang 2030, memajukan sawah padi terbiar untuk menambah keluasan dan membuka sawah padi baharu melalui perkongsian dengan GLC negeri serta pelaburan swasta.

“Bidang kuasa LPBS akan termasuk pengeluaran lesen eksport, import dan permit serta pembungkusan dan penjualan padi serta beras di Sabah,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...