PRK DUN Sungai Bakap : Calon dari PKR bakal bertanding mewakili kerajaan perpaduan

Date:

Share post:

GEORGE TOWN: Pimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara memutuskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Gabungan Perpaduan Pulau Pinang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor PKR bertanding pada PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu selain pernah menyandang DUN Sungai Bakap selama tiga penggal sebelum ini.

“Keputusan itu diambil secara sebulat suara atas semangat perpaduan dan kebersamaan dalam PRN lalu di mana Gabungan Perpaduan bertanding buat kali pertama.

“Kita akan cuba menang kembali kerusi Sungai Bakap yang sebelum ini sudah tiga penggal diwakili calon dari PKR mewakili PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat,” katanya.

Kon Yeow turut mengumumkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang sebagai Pengarah PRK DUN Sungai Bakap bagi pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang di Wisma DAP di Jalan Rangoon, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir

Sementara itu, mengulas mengenai calon, Nurul Izzah berkata, setakat ini parti itu sudah menghantar lima nama calon untuk dipilih mewakili parti itu nanti.

“Kita mahu calon yang dipertaruhkan itu winnable candidate berdasarkan peratusan dan kemenangan tinggi… jadi ini bukan sesuatu yang mudah tapi kita mengambil kira perkara itu secara serius dalam menghantar nama calon,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 6 Jun untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian PRK terbabit.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Allahyarham Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan perut.

Pada PRN Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose (PKR) dengan majoriti 1,563 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)