China kuatkuasa undang-undang keselamatan makanan kuat kuasa hari ini

Date:

Share post:

BEIJING: Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai ‘sara diri mutlak’ bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.

Ia mengukuhkan usaha pengimport pertanian terbesar dunia itu bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan yang diimport.

Undang-undang itu menyediakan rangka kerja perundangan dirangka Parti Komunis China bagi kerajaan tempatan dan industri pertanian meningkatkan pengeluaran makanan, walaupun ia tidak memberikan perincian atau cara undang-undang itu akan dilaksanakan.

Ia termasuk perlindungan tanah ladang daripada ditukar kepada kegunaan lain, melindungi sumber germplasma dan mencegah pembaziran.

Lulus hanya enam bulan selepas bacaan pertamanya, langkah segera untuk menerima pakai undang-undang keselamatan makanan itu mencerminkan kesiapsiagaan China menyelesaikan isu yang menyekat pengeluaran makanan.

Antara lain, ini merangkumi isu kekurangan tanah dan sumber air yang boleh diusahakan, isu tenaga kerja serta teknologi pertanian.

Undang-undang itu turut menyerahkan tanggungjawab kepada kerajaan pusat dan wilayah untuk memasukkan keselamatan makanan dalam rancangan ekonomi dan pembangunan mereka.

Strategi itu turut bertujuan memastikan bekalan makanan kekal sebagai keutamaan di negara yang mempunyai sejarah berdepan isu kebuluran.

Menurut peruntukan undang-undang terbabit, parti itu akan mengetuai pelaksanaan strategi keselamatan makanan negara ‘yang mengutamakan China’, dengan mengimport secara sederhana dan menggunakan kemajuan sains serta teknologi untuk meningkatkan pengeluaran.

“Ia hendaklah mematuhi prinsip menyimpan bijirin di dalam tanah dan menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran bijirin,” katanya.

Ia adalah usaha bagi memastikan sara diri asas dalam aspek bekalan bijirin dan sara diri mutlak bagi bijirin ruji untuk kegunaan makanan.

Ia turut menetapkan pembentukan pelan kecemasan bijirin kebangsaan dan sistem pemantauan keselamatan makanan.

China memperluaskan takrifan ‘bijian kasar’ untuk memasukkan sekoi dan oat, sebagai tambahan kepada sorghum, barli, soba, kacang hijau dan kentang. Bijirin pula merujuk kepada gandum, beras, jagung, kacang soya dan bijirin kasar.

Entiti yang melanggar undang-undang itu mungkin berdepan denda antara 20,000 yuan (RM13,000) hingga 2 juta yuan (RM1.3 juta), manakala pesalah individu boleh dikenakan denda antara 20,000 yuan (RM13,000) dan 200,000 yuan (RM130,000).

Undang-undang itu turut menyatakan China akan memperkukuh kerjasama keselamatan makanan antarabangsa dan membenarkan perdagangan bijirin antarabangsa memainkan peranannya.

Penganalisis pertanian dan perundingan di Trivium China, Even Pay berpandangan undang-undang itu ditulis secara samar dan mungkin tidak memberi kesan yang ketara terhadap cara China meningkatkan pengeluaran makanan.

“Ia tidak mengubah hakikat di lapangan bagi pegawai tempatan yang sudah pun berada di bawah tahap tekanan yang ketara bagi keselamatan makanan.

“Undang-undang keselamatan makanan memupuk amalan sedia ada dalam undang-undang, tetapi tidak mengubah apa-apa.

“Keselamatan makanan sudah pun menjadi agenda yang diutamakan, tiada apa lagi boleh dibuat untuk mencapai tahap lebih tinggi,” katanya. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan