Ayam beku tanpa cukai bernilai RM2.75 juta berjaya dirampas Kastam Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas ayam beku disyaki tanpa cukai dianggarkan bernilai RM2.75 juta di Pelabuhan Sepanggar di sini, 7 Mei lalu.

Semua ayam beku yang ditemukan di dalam sembilan kontena itu dikesan hasil analisa risiko daripada Unit Pemeriksaan Kontena dan aduan awam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil pemeriksaan terhadap kontena berkenaan mendapati, ia diikrarkan sebagai sayur-sayuran seperti ubi kentang dan kacang pis hijau.

Bagaimanapun katanya, semua sembilan kontena jenis ‘reefer’ berkenaan didapati berisi daging ayam sejuk beku.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati dagangan yang dimuatkan adalah daging ayam beku yang terdiri daripada bahagian dada dan sayap serta tongkeng ayam.

“Semua bekalan ayam sejuk beku berkenaan bernilai RM2.75 juta dengan anggaran duti dan cukai terlibat sebanyak RM550,000,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar, di sini, hari ini.

Susulan rampasan itu, Mohd Nasir berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

“Bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah duti kastam atau RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda jumlah duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar.

“Pesalah juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan penyeludup melakukan kegiatan itu bukan saja kerana mahu mengelak cukai tetapi disebabkan prosedur berkaitan pengesahan sijil halal yang perlu sebelum bekalan daging ayam dibenarkan dibawa masuk ke negara ini.

“Daging ayam antara makanan yang membawa banyak keuntungan, jadi ada pihak mahu mengelak daripada dikenakan cukai.

“Selain itu banyak prosedur perlu dipatuhi termasuk sijil halal untuk membawa masuk daging ayam ke negara ini,” katanya.

Mohd Nasir berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

“JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PROBEST beri manfaat kepada 9,529 usahawan belia dalam sektor pertanian moden

program yang diperkenalkan sejak 2016 oleh KPKM itu merupakan kerjasama strategik Agrobank dengan beberapa universiti tempatan bertujuan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian moden

Kerajaan terus komited tangani kos sara hidup – PM Anwar

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,”

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi