Ayam sejuk beku dikesan bersama bekalan daging khinzir dalam kontena

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Sejumlah 847 kotak ayam sejuk beku tertera logo halal bernilai RM121,968 dirampas selepas dikesan disimpan bersama bekalan daging khinzir dalam sebuah kontena sejuk beku.

Rampasan susulan serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah di sebuah stor penyimpanan di Jalan Burung Keleto, Inanam, di sini, semalam.

Semua rampasan termasuk kontena dengan nilai keseluruhan RM151,968 diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah untuk tindakan lanjut.

Pengarah KPDN negeri, Georgie Abas mengesahkan perkara itu dengan seorang lelaki yang juga pemilik premis yang ditemui di lokasi serbuan diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan satu tempat simpanan yang sama.

Jika sabit kesalahan, pesalah membabitkan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak lebih RM5 juta, manakala untuk kesalahan kedua membabitkan denda tidak lebih RM10 juta.

“Bagi orang perseorangan pula, denda bagi kesalahan pertama tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)