Malaysia sedia bantu Palestin baik pulih sistem bekalan air bersih

Date:

Share post:

BALI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan Malaysia bersedia membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.

Beliau menyampaikan perkara itu kepada Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, dalam pertemuan dua hala di luar mesyuarat pimpinan tertinggi di Forum Air Dunia ke-10 yang berakhir hari ini, atas permintaan Mazen.

“Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.

“Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” katanya kepada media Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

“Ini memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan pihak Palestin,” katanya.

Fadillah berkata, Malaysia menghantar sedikit bantuan kemanusiaan termasuk bekalan air botol untuk disalurkan ke Palestin. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...