Malaysia pertama terima kad Nusuk

Date:

Share post:

Makkah: Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi antara negara pertama menerima kad haji Nusuk daripada Kerajaan Arab Saudi bagi Musim Haji 1445H/2024.

Lembaga Tabung Haji (TH) mula mengedarkan kad haji Nusuk kepada jemaah bagi musim haji tahun ini secara berperingkat kepada jemaah haji sebaik majlis pelancarannya di sini, kelmarin.

Majlis pelancaran disempurakan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama wakil-wakil daripada syarikat Masyariq yang menguruskan permohonan serta mengaktifkan kad.

Menurut Syed Saleh, Malaysia menjadi antara negara terawal berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan jemaah.

“Maklumat komprehensif berkenaan data peribadi termasuk pasport dan visa bagi membolehkan jemaah haji dikenal pasti secara mudah, selain memberi manfaat daripada pelbagai perkhidmatan. Ia juga mempunyai maklumat penempatan jemaah serta tempat-tempat beribadat yang lazim dilawati jemaah,” katanya.

Seramai 20 orang jemaah menerima kad ini sebagai simbolik bermulanya penyerahan kad haji Nusuk kepada jemaah Malaysia secara berperingkat-peringkat.

“Jemaah Malaysia dinasihatkan supaya membawa dan menggunakan kad Nusuk ini sepanjang masa kerana ia juga berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri yang membolehkan jemaah untuk masuk ke tempat-tempat beribadat di Tanah Suci termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Alhamdulillah, Kerajaan Arab Saudi sentiasa meneruskan usaha bagi menambahbaik perkhidmatan mereka untuk memperkayakan lagi pengalaman tetamu Allah dari seluruh dunia. TH yakin inisiatif baharu ini akan memberi nilai tambah kepada jemaah negara dari segi kelancaran pergerakan termasuklah keselamatan,” katanya lagi.

Langkah ini yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi ini adalah bagi memastikan hanya jemaah yang ada visa yang sah sahaja boleh melakukan ibadah haji pada tahun ini.

Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk sentiasa membawa kad nusuk ini bersama-sama mereka dan menjaga kad ini dengan baik kerana ia merupakan sebahagian daripada peraturan yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Syed Saleh menekankan sekali lagi kad itu wajib dibawa ketika jemaah berada di Makkah dan Madinah untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1092198/malaysia-pertama-terima-kad-nusuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...