Microsoft umum penambahan pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Microsoft mengumumkan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

“Terima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella serta delegasi di Putrajaya hari ini.

“Satya memaklumkan bahawa gergasi teknologi Microsoft bersetuju untuk menambah pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun mendatang.

“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan kecerdasan buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan kestabilan politik.

Katanya, pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara.

“Usai kunjungan hormat, saya dan Satya kemudiannya menghadiri Forum Kepimpinan AI Nasional.

“Kami sempat berdialog terkait perkara yang menyentuh hal teknologi yakni AI dan perancangan Kerajaan bagi mempersiapkan negara dengan arus perubahan ini.

“Semoga kerjasama Malaysia dan Microsoft ini dapat membawa manfaat yang cukup besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Hab Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak – KUSKOP

Pada tahun depan, kita ingin meluaskan Hari Hab PMKS SME Corp iaitu satu di Sabah dan satu di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung

Perkemaskan pentadbiran di semua pejabat daerah di Sabah – Hajiji

Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah sebuah kementerian penting yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat

Imigresen perkenalkan eSP bagi mentransformasi perkhidmatan ke arah digital – Saifuddin

Secara purata, 50 peratus daripada jumlah urus niaga di kaunter Pas Lawatan Sosial dan Ikhtisas di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen adalah berkaitan permohonan pas khas dan hal ini mengakibatkan kesesakan

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif

Malaysia-Korea perkukuh hubungan ke tahap strategik dan komprehensif