Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam

Date:

Share post:

Riyadh: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, menyatakan keyakinan terhadap Bank Pembangunan Islam (IsDB) yang akan terus memainkan peranan penting dalam menangani isu ketidaksamaan dan marginalisasi, terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Beliau berkata, bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.

“Umat Islam masih kumpulan terbesar dari segi jumlah kawasan yang dilanda kemiskinan yang diabaikan.

“Saya fikir, selain daripada usaha oleh kebanyakan kerajaan dan badan antarabangsa kita, IsDB mempunyai peranan penting untuk menangani isu ini.

“Malah, apabila kita melihat harapan untuk penyelesaian yang baik terhadap konflik di Gaza selepas berhadapan kekejaman oleh rejim Israel,” kata beliau dalam ucapan pada sambutan Jubli Emas IsDB di sini.

Anwar berkata, apabila isu ini dapat diselesaikan, IsDB akan dilihat sebagai pemain yang mengagumkan, bersama-sama dengan kerajaan yang mencuba memulihkan ekonominya.

Malaysia menyertai IsDB pada 12 Ogos 1974 dan mempunyai langganan modal sebanyak 1.55 peratus bernilai ID868.18 juta (dinar Islam) atau bersamaan dengan satu hak cabutan khas Tabung Kewangan Antarabangsa.

Selain itu, IsDB juga membiayai 166 projek di Malaysia yang bernilai AS$963.2 juta dengan sejumlah 160 projek (AS$945.8 juta) siap, manakala enam lagi projek (AS$17.4 juta) sedang dilaksanakan.

Anwar berada di ibu negara Arab Saudi itu selama dua hari mulai Ahad bagi mengetuai delegasi Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Beliau turut dijemput untuk menghadiri sambutan Jubli Emas IsDB.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1084830/anwar-yakin-terhadap-isdb-dalam-tangani-ketidaksamaan-marginalisasi-umat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...