KPM menempatkan 6034 guru lantikan secara kontrak di seluruh negara

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS, bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” menurut kenyataan berkenaan.

KPM memaklumkan pihaknya dan SPP, akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Kenyataan itu memaklumkan pelantikan guru baharu COS itu merupakan cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...