Kuasa adalah amanah, ingatan PM dalam ucapan ulang tahun PKR ke-25

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR, hari ini.

Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077109/kuasa-adalah-amanah-ingatan-pm-dalam-ucapan-ulang-tahun-pkr-ke-25#google_vignette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...