Dakwaan tidak anjur tilawah al-Quran tahun ini tidak benar

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Dakwaan yang tular di media sosial kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Oktober.

“Sehubungan dengan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan.

“Bersempena dengan 10 malam terakhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular sejak beberapa hari lepas dakwaan oleh beberapa pemilik akaun terutamanya di Facebook dan Twitter kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert.

Pada 13 Februari lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata negeri itu akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024.

Majlis selama enam hari itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) Kuantan dan kerajaan Pahang berbesar hati untuk menganjurkannya selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2014.

Wan Rosdy juga memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin menjayakan penganjuran majlis itu yang disifatkan sebagai penghormatan kepada kerajaan Pahang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076928/dakwaan-tidak-anjur-tilawah-al-quran-tahun-ini-tidak-benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)