Urus Felda dengan lebih baik – Anwar

Date:

Share post:

Padang Besar: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu diurus dengan lebih baik dalam memastikan organisasi itu terus kekal relevan pada waktu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tadbir urus Felda perlu seiring dengan keadaan semasa.

“Felda perlu diurus dengan baik dengan meninggalkan pengalaman yang merugikan pada masa lalu dan membawanya ke hadapan dengan lebih baik.

“Tadbir urus Felda yang baik bukan hanya terhad kepada pengurusan semata-mata tetapi membabitkan seluruh warga Felda di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Perlis 2024 di Felda Chuping, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar berkata, banyak perubahan yang sudah dilakukan kerajaan dalam kelangsungan Felda di negara ini.

“Dahulunya Felda ini adalah satu kawasan yang agak gelap gelita tetapi kita ia sudah ditambah baik dengan kemudahan lampu jalan yang banyak.

“Kita juga mendengar rintihan orang Felda seperti menyediakan pusat dialisis di setiap Felda, supaya tidak perlu ke Kangar untuk menjalani dialisis.

“Kemudahan perumahan di Felda yang juga kita tambah,” katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076304/urus-felda-dengan-lebih-baik-anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...