Subsidi harus diterima 85 peratus rakyat Malaysia

Date:

Share post:

Padang Besar: Cadangan kerajaan melaksanakan kaedah penyasaran subsidi khusus adalah bagi memastikan bantuan itu diterima sepenuhnya 85 peratus rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia juga bagi mengelak subsidi berkenaan disalahguna 15 peratus golongan teratas dan kira-kira empat juta warga asing di Malaysia.

Katanya, pihak yang membantah pelaksanaan penyasaran subsidi berkenaan perlu melihat adakah kaedah pemberian subsidi yang dilaksana kerajaan terdahulu berkesan dan mampu menyelesaikan isu kebocoran.

“Kalau tanya mengapa harga minyak tak diturunkan seperti dijanjikan, kita perlu lihat fakta harga minyak di Malaysia RM2.05, di Thailand RM4 lebih, di Arab Saudi dahulu 50 sen tetapi kini lebih mahal dari Malaysia. Jadi kalau nak buat apa-apa perubahan, kita kena teliti dan kaji adakah sesuai?

“Subsidi minyak ini siapa yang dapat selain rakyat Malaysia? seramai 3.5 juta hingga empat juta warga asing dapat subsidi minyak kerana kita bagi pada semua sehingga orang kaya negara juga dapat.

“Jadi kita kena cari jalan melalui kaedah penyasaran tertentu agar 85 peratus rakyat dapat subsidi dan tidak pada 15 peratus golongan kaya dan warga asing,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping di sini, malam ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah menangani kenaikan harga barang khususnya keberadaan bekalan beras putih tempatan (BPT).

Katanya, berikutan itu kerajaan memutuskan penggunaan beras import di semua kem tentera, polis, asrama sekolah dan hospital mulai hari ini (1 April).

“Kita harus cari jalan tambah hasil negara dan pada masa sama selesaikan masalah harga barang dahulu, beras apabila kita tegas dengan pengimport maka turun harga beras import, beras tempatan walau murah tak jumpa di kedai.

“Jadi kita cari jalan pastikan kilang yang ada beras tempatan hantar bekalan ke Fama dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) supaya beras sampai kepada rakyat.

“Tapi adakah cukup, tak cukup kerana pengeluarannya terbatas dan terpaksa bergantung beras import.

“Bagaimana nak bantu rakyat lagi? Jadi mulai 1 April, kerajaan memutuskan semua keperluan beras di kem tentera, polis, asrama sekolah, hospital menggunakan beras import supaya beras murah tempatan dapat dibeli rakyat,” katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076308/subsidi-harus-diterima-85-peratus-rakyat-malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini

Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

"Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),"