2024 diramalkan lebih panas berbanding 2023 bagi negara Singapura

Date:

Share post:

SINGAPURA: Tahun ini diramalkan lebih panas berbanding 2023, iaitu tahun keempat paling panas yang pernah direkodkan di republik ini, ketika cuaca panas melampau turut melanda negara lain di Asia Tenggara.

Menurut Laporan Penilaian Iklim Tahunan 2023 Singapura yang dikeluarkan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), cuaca lebih panas itu dijangka kerana kesan berlarutan fenomena iklim El Nino.

Fenomena itu, yang menyebabkan cuaca lebih panas lagi kering di Asia Tenggara, turut menjejaskan Singapura pada separuh kedua 2023.

“Memandangkan suhu tahunan paling panas ekoran kejadian El Nino lazimnya berlaku pada tahun selepas El Nino terjadi, baik di Singapura mahupun seluruh dunia, maka 2024 boleh menjadi tahun lebih panas,” kata laporan itu.

Menjelaskan lanjut mengenai cuaca pada 2023, ia melaporkan bahawa beberapa rekod suhu dipecahkan antara Mei dan November 2023.

Suhu bulanan bermula April 2023 melebihi purata jangka panjang masing-masing, dengan purata suhu Oktober 29 darjah Celsius, jauh melebihi rekod Oktober sebelumnya pada 2002 sebanyak 0.3 darjah Celsius.

Malah, tempoh 10 tahun dari 2014 hingga 2023 adalah dekad paling panas yang pernah direkodkan di Singapura, itu 28.06 darjah Celsius.

Ini adalah 0.33 darjah Celsius lebih panas dari dekad 2004 hingga 2013.

MSS berkata trend suhu tahunan Singapura pada 2023 sama dengan trend sejagat yang dilaporkan baru-baru ini oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia.

Dengan peralihan kepada keadaan El Nino, 2023 diisytiharkan sebagai tahun paling panas dalam rekod sejagat sejak 1850.

Mei 2023 adalah bulan mempunyai bilangan tertinggi hari yang mengalami tekanan haba tinggi, iaitu 10 hari, diikuti Oktober dengan lapan hari.

Rekod suhu tinggi dan hujan lebih rendah menyumbang kepada lebih banyak tempoh tekanan haba tinggi dalam dua bulan itu, kata MSS.

Cuaca kering dan panas pada Mei 2023 juga membawa kepada rekod suhu baru bagi bulan tersebut. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Laporan RCI berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu hadapan

“Harap ia akan dibahaskan supaya rakyat tahu apa yang berlaku,”

Kerajaan Pahang kenal pasti 34 ajaran sesat yang masih aktif

Selain itu, individu berkenaan juga diberikan teguran dan amaran supaya pulang ke pangkal jalan supaya tidak terbabit secara serius dan melarat

Jadikan projek Tamu Desa sebagai pusat pertumbuhan ekonomi setempat – Ewon

Semua ini mempunyai kesan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan

Dakwaan kebocoran data atau transaksi mencurigakan tidak benar – JPN

JPN sudah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan diambil di pihak mereka