10 rumah musnah terbakar, 17 keluarga diuji dalam bulan ramadan

Date:

Share post:

Seramai 65 isi rumah daripada 17 keluarga diuji pada Ramadan apabila 10 rumah mereka di Kampung Muhibbah, Likas di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

Mangsa kebakaran, Azwan Mailan, 37, berkata ketika kejadian dia terjaga untuk bangun bersahur namun terasa panas.

“Ingat disebabkan cuaca panas, lalu saya bangun dan melihat api marak di bahagian depan rumah.

“Tanpa berlengah, saya segera mengejutkan isteri dan adik beradik lain untuk keluar rumah. Tiada apa yang dapat diselamatkan semuanya musnah. Rumah bapa dan abang saya juga turut musnah,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 3.11 pagi.

“Kebakaran membabitkan 10 rumah jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal jam 4.16 pagi.

“Operasi ditamatkan jam 6.49 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan