Kadar kemiskinan tegar di Sabah enam kali ganda berbanding kadar nasional

Date:

Share post:

Kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar).

Beliau berkata Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 menunjukkan kadar kemiskinan tegar di lapan daerah di negeri itu adalah lebih tinggi berbanding kadar nasional, dengan Tongod  mencatat kadar tertinggi iaitu 5.9 peratus.

“Ia diikuti Beluran iaitu 5 peratus, Pitas (4.8 peratus), Kinabatangan (4.6 peratus), Kota Marudu (4 peratus), Tuaran (2.6 peratus), serta Ranau dan Lahad Datu masing-masing 2.4 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang ingin mengetahui jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia serta insiatif dan bantuan yang diberikan kepada mereka.

Rafizi berkata jurang perbezaan tersebut dilihat agak besar memandangkan kadar kemiskinan tegar seluruh negara berkurangan daripada satu peratus pada 2020 kepada 0.2 peratus bersamaan 18,445 isi rumah pada 2022. 

Oleh kerana itu kerajaan menurutnya telah meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengenal pasti mereka yang layak diberikan bantuan dan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah juga diadakan bagi tujuan itu. 

“Apabila kita selesai dengan PADU dan kita telah petakan banyak tempat yang sebelum ini tercicir, itu akan membolehkan banyak keluarga miskin tegar di Sabah dan tempat lain mula mendapat bantuan, bukan sahaja bantuan tunai tapi program untuk anak-anak mereka seperti TVET ( pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional),” katanya. 

Menurutnya tumpuan di Sabah ketika ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan melalui pertanian bersepadu, misalnya menerusi projek Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN)

Rafizi berkata ketika ini kerajaan negeri Sabah sangat terkedepan dalam memberikan tanah untuk diusahakan, dengan seramai 390 keluarga miskin tegar mengusahakan 203.96 hektar tanah di lapan daerah di Sabah melibatkan tanaman seperti nanas, cili fertigasi, jagung dan kacang soya. 

“Kalau dilihat kepada prestasi IPR-INTAN di tempat lain, pendapatan bulanan bagi tuaian pusingan pertama RM2,200 hingga RM5,600 sebulan. Kalau kita berjaya ulangi ini di Sabah, maksudnya setiap keluarga miskin tegar yang sertai inisiatif ini dalam tempoh dua tahun boleh keluar daripada miskin tegar,” katanya.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...