RAMADHAN BULAN RAHMAT

Date:

Share post:

Allah SWT mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam.

PENDAHULUAN

Ramadhan merupakan bulan diwajibkan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam. Di samping itu, ia juga menjadi bulan yang paling dinantikan oleh sekalian orang beriman, lantaran pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah SWT sepanjang bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Tawaran serta ganjaran ini tidak ditemui dalam bulan-bulan lain selain Ramadhan. Artikel kali ini mengupas secara ringkas rahmat Allah SWT yang diturunkan khusus pada bulan Ramadhan.

DEFINISI RAHMAT

Perkataan rahmat disebut oleh Allah SWT dalam beberapa potongan ayat  al-Quran antaranya dalam surah al-A’raf 56:

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”.

Begitu juga firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 159:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”.

Berdasarkan tafsiran para ulamak, perkataan rahmat boleh didefinisikan sebagai nikmat, kebaikan, ganjaran, ihsan dan hidayah.

Rahmat merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keistimewaan penghulu segala bulan ini.

BULAN RAHMAT

Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran.

Perbincangan tentang rahmat pada bulan Ramadhan ini dimulakan dengan keistimewaan fardhu puasa ke atas umat Islam sepanjang bulan ini, berdasarkan sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Setiap amal anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya”.

(Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

Begitu juga dengan sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Setiap amalan anak Adam akan digandakan 10 kali ganda seumpamanya sehingga ke 700 kali ganda, kecuali puasa kerana puasa adalah untuk-Ku dan akulah yang mengganjarinya”.

(Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

Daripada dua potong hadis di atas dapat kita fahami bahawa ibadah puasa yang difardhukan itu merupakan sebuah ibadah yang sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT.

Menurut sebahagian ulamak gandaan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk orang yang puasa boleh mencapai sehingga ke jumlah yang tiada had atau infiniti.

Seterusnya, rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan boleh digambarkan dengan keampunan yang Allah SWT tawarkan untuk orang beriman sebagaimana dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Suatu ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: Amin, Amin, Amin. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu Jibril berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah Amin (wahai Muhammad). Maka aku katakan: Amin

(Riwayat Ibnu Hibban)

Hadis di atas menyebutkan tentang kerugian ke atas orang yang sempat berada dalam bulan Ramadhan tetapi kesempatan itu tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Rahmat pada bulan Ramadhan yang mulia ini juga berkait rapat dengan penurunan al-Quran sebagaimana digambarkan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Imam Fakhruddin al-Razi dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib menyatakan bahawa kemuliaan Ramadhan adalah kerana dua syiar Islam yang agung berlaku serentak iaitu fardhu puasa dan penurunan al-Quran.

Oleh itu, rahmat serta keberkatan daripada dua ibadah agung ini menyebabkan Ramadhan menjadi lubuk keberkatan bagi umat Islam.

ramadan3 1024x682 1

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. — Surah al-Qadr: 1-3

Antara kebaikan serta ganjaran yang patut menjadi keutamaan bagi umat Islam dalam bulan Ramadhan adalah dengan mencari satu malam yang mana beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran yang lebih baik dari seribu bulan atau menyamai 83 tahun 4 bulan, perkara ini dijanjikan oleh Allah SWT sebagaimana dirakamkan di dalam surah al-Qadr ayat 1 – 5:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr (Lailatul-Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr (Lailatul-Qadar) itu? Malam al-Qadr (Lailatul-Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”.

KESIMPULAN

Umat Islam perlu mengambil kesempatan sebaiknya apabila bertemu Ramadhan kali ini dengan menggandakan segala bentuk amal kebaikan, lebih-lebih lagi ibadah yang dikhususkan pada bulan yang mulia ini, berdasarkan kepada hadis nabi bahawa menjadi sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang yang sempat berada dalam bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan Allah SWT.

Sumber:https://mais.gov.my/artikel-dakwah/ramadhan-bulan-rahmat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Potensi pelaburan RM1.4 bilion dari Jepun – PM Anwar

Perdana Menteri yang memaklumkan perkembangan itu hasil pertemuan dengan rakan sejawatnya di Jepun, Fumio Kishida, di sini hari ini, berkata potensi pelaburan itu meliputi projek di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi : Inflasi Malaysia tidak akan meningkat

Dasar pelengkap kepada rasionalisasi subsidi, sama ada penambahbaikan awal dalam pertumbuhan gaji atau pengembangan dalam jaringan keselamatan sosial dengan mengalihkan beban subsidi daripada bahan api kepada jenis subsidi lain, juga harus dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serentak

To Lam Presiden Vietnam yang baharu

Beliau dalam ucapan pertama sebagai Presiden berjanji untuk setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan serta melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh parti, negara dan rakyat.

Ayam sejuk beku dikesan bersama bekalan daging khinzir dalam kontena

Kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan satu tempat simpanan yang sama. Jika sabit kesalahan, pesalah membabitkan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak lebih RM5 juta, manakala untuk kesalahan kedua membabitkan denda tidak lebih RM10 juta