Syarikat Australia minat melabur RM24.5 bilion di Malaysia – Anwar

Date:

Share post:

Syarikat-syarikat terkemuka Australia berminat untuk melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada berjumlah RM24.5 bilion di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hasrat tersebut telah dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan lebih 20 syarikat Australia di Melbourne pada Selasa

.Perdana Menteri sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Australia yang memasuki hari kedua hari ini.

Beliau berkata antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut ialah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.

“Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion manakala syarikat lain yang juga akan membawa potensi pelaburan tersebut adalah Fortescue, Macquarie Group dan Arnott’s Group.’

“Ini satu kemajuan yang membanggakan serta menunjukkan minat Australia dan keyakinan mereka terhadap dasar yang telah kita umumkan selama ini,” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata pelaburan tersebut akan memberi peluang kepada kira-kira 1,200 tenaga mahir di Malaysia.Anwar berkata jumlah potensi pelaburan yang akan memasuki Malaysia juga melebihi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Dari segi perdagangan, beliau berkata potensi jualan eksport Malaysia ke Australia bernilai lebih RM900 juta melibatkan produk seperti urea, kayu, makanan dan komponen elektrik yang dijangka diraih sempena lawatan tersebut.

Beliau berkata usaha kerajaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan memberi keyakinan kepada pelabur dan ahli perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023