10 Persiapan Menyambut Ramadhan Yang Dirindui

Date:

Share post:

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Berapa hari lagi ni Ramadhan bakal kunjung tiba.

Sebagaimana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan atau disiplin kerja untuk mendapat kenaikan pangkat, begitulah juga latihan dan persediaan demi mendapat keistemawaan Ramadhan.

1. Tidur dan bangun awal.

Tidur awal penting bagi memastikan tubuh mendapat rehat yang cukup dan bertenaga pada keesokan harinya. Latih diri untuk tidur awal supaya kita dapat bangun awal pada keesokan harinya. Cuba bangun awal 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Agar nanti kita dapat menambah pahala sunat dengan melakukan ibadah bersahur. Perlahan-lahan, apabila semakin biasa, gunakan beberapa minit di awal pagi itu untuk kita melakukan solat-solat sunat.

2. Memperbanyakkan zikir di selang waktu.

Zikir adalah bertujuan agar kita mengingati Allah SWT. Dan dengan mengingati Allah akan memberi kita ketenangan dan rasa cukup.

Ia tidak memerlukan masa atau tempat yang khusus untuk melakukannya. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Lazimkan diri berzikir ketika sedang memandu, memasak, melipat pakaian, menaiki pengangkutan awam, sebelum tidur dan pada bila-bila selang waktu yang ada. Mungkin boleh jadikan wallpaper telefon bimbit atau laptop ada kalimah zikir. Itu boleh membantu mengingatkan kita yang selalu terlupa ini.

3. Berlama-lama (dating) dengan al-Qur’an.

Peruntukkan sedikit masa yang lebih daripada biasa untuk kita membaca atau menghayati terjemahan atau menghafaz ayat-ayat al-Qur’an.

Carilah apa-apa bantuan seperti menghadiri kelas tafsir, membaca buku-buku berkaitan Al-Qur’an untuk membantu kita lebih mencintai dan menghargai al-Qur’an sebagai amanat nabi buat kita.

Perlahan-lahan. Sabar dalam usaha kita untuk memahami dan menghayati isinya. Wajibkan diri kita untuk tidak tidur selagi kita belum menyentuh al-Qura’n untuk hari itu.

4. Meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat.

Jika kita berazam untuk memenuhkan Ramadhan kita dengan ibadah amal soleh yang bermanfaat, kita perlu mulakan dari detik ini.

Biasakan, latih diri kita untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, perbuatan maksiat dan perbuatan dosa.

Misalnya bercakap keji, mencari salah orang, berburuk sangka, menyakiti kawan atau jiran dan menghabiskan masa menonton video-video yang tidak bermanfaat. Perlahan-lahan, kita akan jadi terbiasa dengannya.

5. Mendekatkan diri dengan masjid.

Antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah ketika di Padang Mahsyar adalah orang-orang yang hatinya tertaut dengan masjid. Jadikan Ramadhan adalah masa untuk kita berjinak-jinak dengan majlis ilmu dan beribadah di dalam masjid.

Tidak bermakna luar masjid tidak boleh beribadah. Tetapi mengambil keberkatan di dalam rumah Allah dan berkumpulnya orang-orang yang mempunyai niat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mula dari sekarang, agar tidak kekok nanti di ketika Ramadhan menjelang.

6. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah puasa.

Puasa adalah ibadah utama di bulan Ramadhan. Oleh itu, persiapan dari segi hukum – hakam, pengertian puasa, hikmahnya, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa adakah sesuatu yang harus dititikberatkan agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

7. Menjaga kesihatan kita sebaik mungkin.

Tubuh badan kita adalah amanah daripada Allah. Menjaga kesihatan bermaksud memelihara tubuh badan kita dari pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Kita mengimpikan apabila kita memasuki Ramadhan, kondisi diri kita bertenaga dan semangat! Namun, jika kita mendatangi Ramadhan dalam keadaan tubuh yang tidak sihat, kita malah akan mendapat rukhsah dan tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.

8. Siapkan jiwa dan ruh kita dengan untuk melalui proses tazkiyatun-nafs (penyucian jiwa).

Pesan Nabi Muhammad SAW buat kita, di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging yang jika ia baik, maka baik seluruh jasadnya. Dan segumpal daging itu adalah hati.

Pentingnya hati yang bersih dari niat jahat dan maksiat bagi memastikan nikmat ibadah dan keimanan dapat dirasakan. Kenal pasti apa perbuatan harian kita yang menjadikan kita semakin jauh dengan Allah.

Belajar mendidik hati dan nafsu kita. Ramadhan adalah peluang terbaik untuk dimanfaatkan. Semoga kita keluar dari Ramadhan dengan hati yang baru, yang khusyuk dan sensitif dengan kemaksiatan walaupun kecil.

9. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.

Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, seharusnya lebih-lebih lagi Ramadhan.

Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Raamdhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.

Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti.

10. Rencanakan target Ramadhan.

Sebagaimana kita merancang kehidupan harian kita, begitu juga ibadah kita. Letakkan target Ramadhan yang ingin kita capai dalam Ramadhan kali ini.

Pastikan ia lebih baik dari tahun lepas. Barulah ada peningkatan kan.

Berapa target kita untuk sedekah pada keluarga, umat islam yang lain?
Berapa solat sunat yang ingin kita lakukan?
Berapa helai muka surat daripada al-Qur’an ingin kita tadabbur?

Dan apa sahaja lagi amal ibadah yang ingin kita lakukan. Kongsikan dengan kawan atau ahli keluarga agar sama-sama boleh saling memberi sokongan dan berlumba-lumba dalam kebaikan.

Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan! Bulan yang begitu kita rindui. Yang dalamnya ada 1001 kebaikan. Yang para sahabat sering menanti-nantikannya, yang menyebut-nyebut tentangnya. Sehingga jika kita baca dalam sirah, masuk sahaja bulan Syaaban mereka dah mula menggandakan bacaan al-Quran mereka, menghalalkan hutang-hutang saudara mereka, begitu teruja untuk menyambut Ramadhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PROBEST beri manfaat kepada 9,529 usahawan belia dalam sektor pertanian moden

program yang diperkenalkan sejak 2016 oleh KPKM itu merupakan kerjasama strategik Agrobank dengan beberapa universiti tempatan bertujuan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian moden

Kerajaan terus komited tangani kos sara hidup – PM Anwar

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,”

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi