”Dalang yang ingin jatuhkan Sabah mempunyai satu lagi peluang ” – Analisis Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

Date:

Share post:

Dua pemimpin yang dilihat menjadi dalang di sebalik rancangan menjatuhkan kerajaan Sabah hanya mempunyai satu lagi peluang, kata penganalisis merujuk kepada kemelut politik negeri di bawah bayu itu.

Ahmad Zaharuddin Sani Sabri berkata situasi itu menunjukkan kegagalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan Shafie Apdal membaca muslihat politik lawan.

Mereka mengambil langkah yang salah,” kata Zaharuddin.

“Satu-satunya perkara yang boleh mereka lakukan sekarang ialah mendesak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat. Jika tidak, karier politik mereka tamat.”

PRN Sabah sebelum ini diadakan pada 2020, berikutan kemelut politik yang berlaku di peringkat persekutuan.

Shafie yang juga ketua menteri ketika itu, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN yang menyaksikan parti Warisan dipimpin beliau tewas.

Krisis terbaru bermula selepas Bung Moktar mengumumkan Umno Sabah dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai ketua menteri pada 7 Januari lalu.

Beliau berkata pendirian itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.

Bung Moktar berkata BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan negeri selepas PRN Sabah, bagaimanapun Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.

Mengikut perlembagaan Sabah, ketua menteri mestilah seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti politik yang mempunyai sokongan majoriti dalam DUN.

Isnin lalu, Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sendiri mendakwa mendapat sokongan 44 Adun, termasuk lima daripada BN – cukup untuk beliau kekal sebagai ketua menteri.

Hajiji berkata dengan sokongan itu kerajaan negeri Sabah sedia ada masih kekal serta utuh, dan beliau masih ketua menteri pada masa ini.

Hajiji juga berkata beliau adalah ahli GRS secara langsung.

Bung Moktar, yang dipecat daripada jawatan timbalan ketua menteri dalam rombakan Kabinet negeri pada 11 Januari, kini diletakkan di bahagian pembangkang.

Beliau dan Shafie berkata mereka menyokong usul Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu.

Zaharuddin berkata Bung Moktar harus memecat lima Adun Umno yang memberi sokongan kepada Hajiji.

Katanya, memandangkan undang-undang anti lompat parti masih belum diwartakan di Sabah, mereka mempunyai pilihan sama ada menyertai parti lain atau kekal sebagai Adun bebas.

“Mereka sedang bermain ‘catur’ di Sabah,” katanya.

“Umno dan BN akan terperangkap dalam situasi ini, begitu juga dengan Warisan.

“Ia adalah satu kelemahan bagi presiden Ahmad Zahid Hamidi dan isyarat jelas beliau tidak boleh mengawal Umno dan BN.”

Beliau juga memberi amaran kemelut politik Sabah boleh menjejaskan reputasi Anwar bagi menghadapi enam PRN akan datang.

“Pakatan Harapan mungkin bergerak sendirian,” katanya.

Sementara itu, bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang Azizi Safar berkata Bung Moktar memalukan rakan-rakannya serta Umno, kerana bertindak tidak selari dengan janji memberikan kestabilan kepada rakyat.

“Gerakan menjatuhkan Hajiji dibuat oleh Umno berikutan pemecatan Salleh Said Keruak daripada jawatan pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

“Ia bukan kerana isu berkaitan kesejahteraan rakyat,” katanya.

BACA JUGA :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Ringgit teruskan momentum positif

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat

PM Anwar ajak orang ramai hadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi

JPN di fasa akhir muktamadkan penukaran mykad generasi baharu

penggantian kad pengenalan struktur baharu itu bertujuan memastikan kad pengenalan bakal dikeluarkan JPN kelak mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini

Sabah memerlukan 7000 doktor bagi mencapai nisbah 1 doktor setiap 500 penduduk

Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah