Nasib mangsa kebakaran akan terbela dan diberikan perhatian – KM Hajiji

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersama jabatan kerajaan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata sebagai kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat, nasib mangsa-mangsa kebakaran ini akan diberi perhatian, terutama pada bulan puasa ini.

Katanya, beliau berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas dan ia adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada mereka.

“Sebagai kerajaan peduli rakyat, kita telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran iaitu RM1,000 adalah dari kerajaan negeri manakala RM300 lagi dari Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kita berusaha memikirkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita faham terutama pada bulan puasa ini, mengenai ketidakselesaan dan kesusahan mereka.

Sebab itu, katanya, kerajaan bersama pihak yang berkaitan akan berusaha mencari jalan yang terbaik untuk membantu mereka seterusnya.

“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti gas dan dapur dari Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan dari Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran Kg. Cempaka, Likas, di Dewan Serbaguna Likas, semalam.

Terdahulu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada Sabtu lepas.

Sementara itu, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk, manakala PPS Damai seramai 57 KIR dan 311 penduduk.

Pelbagai lagi pihak turut membantu memberi bantuan makanan antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan awal sebaik sahaja berdaftar di PPS iaitu bantuan bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...