Pelbagai akta boleh digunakan untuk kekang pembunuhan karakter – PM Anwar

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah di antara undang-undang sedia ada yang boleh diguna oleh pihak berkuasa untuk pendakwaan terhadap kesalahan berkaitan pembunuhan karakter, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan, pembunuhan karakter yang menjadi kebimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, merujuk kepada kesalahan merosakkan reputasi seseorang melalui penyebaran maklumat palsu, fitnah atau kritikan tidak berasas.

Beliau berkata, fenomena itu sering berlaku di pelbagai platform termasuk media tradisional, media sosial dan ruang perbincangan awam.

“Kewujudan platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram menjadi medan utama digunakan untuk pembunuhan karakter bagi kesalahan penyebaran maklumat palsu dan pelbagai kes fitnah melibatkan individu tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian dan tindakan kerajaan terhadap titah Sultan Selangor berhubung pembunuhan karakter yang semakin berleluasa dan langkah pencegahannya.

Menangani isu tersebut terdapat beberapa undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk pendakwaan terhadap kesalahan berkaitan pembunuhan karakter.

Antaranya Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sebarang penerbitan atau ucapan yang boleh menghasut kebencian, ke­tegangan atau kekacauan dalam masyarakat.

Tambahnya, ia melibatkan kesalahan yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum dan institusi.

“Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]. Ia mengawal penerbitan bahan bercetak dan melibatkan kesalahan berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu atau fitnah melalui media cetak.

“Pihak berkuasa boleh menggunakan akta ini untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam penyebaran maklumat yang boleh membunuh karakter seseorang,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] juga boleh digunakan bagi mengawal selia penggunaan teknologi komunikasi dan multimedia di Malaysia, termasuk media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...