Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.

Dalam sektor perbankan khususnya, Maybank berada di tangga ke-74 pada peringkat global dan merupakan satu daripada dua jenama Malaysia yang tersenarai dan merupakan satu-satunya institusi kewangan yang menjadi sebahagian daripada senarai berprestij ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance.

Kejayaan itu menjadikan beliau satu-satunya CEO Malaysia yang menjadi sebahagian daripada senarai itu.

Khairussaleh menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance.Khairussaleh menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance.

Maybank mengaitkan kejayaan ini menerusi peningkatan dalam Indeks Kekuatan Jenama (BSI), berikutan cara jenama itu memberi kesan positif kepada tingkah laku pelanggan, yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi perniagaan.

Kumpulan perbankan itu juga memperoleh lima anugerah daripada Global Finance bagi peringkat global, serantau dan negara sebagai inisiatif luar biasa dalam menangani kesan buruk perubahan iklim dan membina masa depan yang lebih mampan untuk kemanusiaan.

Maybank memenangi Anugerah Bank Terbaik untuk Pembiayaan Mampan dalam Pasaran Membangun (Global dan Asia Pasifik), Bank Terbaik untuk Ketelusan Mampan (Asia Pasifik), Bank Terbaik untuk Kewangan Mampan (Malaysia) dan Bank Terbaik untuk Kewangan Mampan (Indonesia).

Di samping itu, dari segi kewangan, bank itu turut dianugerahkan Bank Terbaik Pertukaran Mata Wang Asing (Malaysia).

Pencapaian kumpulan perbankan itu diumumkan pada Anugerah Kewangan Mampan Global Finance yang mengiktiraf institusi kewangan yang cemerlang dalam menyokong pelbagai rangkaian inisiatif penting untuk masa depan yang mampan, sambil menunjukkan kreativiti dalam menangani cabaran jangka panjang. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...